Bismillahirrahmanirrahim......

Bismillahirrahmanirrahim.......
Penulisan ana hanyalah berdasarkan pandangan dan pemikiran ana yang ilmunya ibarat setitis embun di hujung dedaunan. Maka sebarang kritikan dan pandangan dialu-alukan kerana penulisan ana tidaklah sempurna dan memerlukan pembaikian dari segi fahaman dan ilmu. Bersamalah kita nasihat-menasihati supaya mentaati dalam kesabaran dan supaya menepati dalam kebenaran. Bersamalah kita menyusuri kehidupan sebagai seorang muslim dan muslimah.......

Monday, December 13, 2010

Wanita....???

WANITA SOLEHAH......
senantiasa tenang jiwanya,
lantaran itu sentiasa membesarkan Tuhan di dalam solat,
dan sunnah rasulullah jadi jalan kehidupannya,
menjadi hiburan dan janji Allah adalah jaminan ketenangan buatnya,
sumber jiwanya beroleh kekuatan agar sabar menentang musibah...

# Bila wanita menjaga auratnya dari pandangan lelaki bukan muhram, bukan sahaja dia menjaga maruah dirinya, malah maruah waniat mukmin keseluruhannya. Harga diri wanita terlalu mahal. Ini jerana syariat telah menetapkan supaya wanita berpakaian longgar dengan warna yang tidak menarik serta menutup seluruh badannya dari kepala hingga ke kaki.

#Kalau dibuat perbandingan dari segi harta sunia seperti intan dan berlian, ianya dibungkus dengan rapi dan disimpang pula di dalam peti besi yang terkunci, itulah diumpamakan seorang wanita,kerana wanita yang bermaruah tidak akan mempamerkan tubuh badan di khalayak umum. Mereka masih boleh tampil di hadapan masyarakat bersesuaian dengan garisan syarak. Wanita tidak sepatutnya mengorbankan maruah dan dirinya semata-mata untuk mengejar pangkat, darjat, nama, harta dan kemewahan dunia.

#Menyentuh berkenaan pakaian wanita, alhamdulillah sekarang telah ramai wanita yang menjaga auratnya, tetapi tidak mengikut syarak tertentu seperti pakai tudung tidak menutup dada, pakai baju sampai nampak susuk badan dan lain lain.

#Pelbagai warna dan fesyen tudungdireka untuk wanita-wanita islam kini. Ada rekaan tudung yang dipakai dengan pelbagai alat dan dihias dengan manik-manik dan berbagai gaya lagi yang dipaparkan dalam majalah dan surat khabar. Semua rekaan itu bukan bertujuan mengelakkan fitnah,sebaliknya menambahkan fitnah ke atas wanita. Walhal sepatutnya pakaian bagi wanita solehah itu adalah bukan sahaj menutup auratnya, malah sekaligus menutup maruahnya sebagai WANITA SOLEHAh.

#Sekaligus pakaian boleh melindungi wanita dari menjadi bahan gangguan lelaki. Bilamana wanita bertudung tetapi masih berhias-hias. Ia membuatkan wanita itu rasa bangga diri dan merasa tudungnya lah yang paling cantik, up-to-date, sofistikated, bergaya dan sebagainya

#Kesimpulannya, tudung yang kita pakai tidak membuahkan rasa kehambaan. Kita tidak boleh merasakan diri ini hina, banyak berdosa dengan tuhan mahupun dengan manusia. Kita tidak terasa bahawa menegakkan syariat dengan bertudung ini hanya satu amalan kecil yang mampu kita laksanakan. Kenapa hati mesti berbunga

3 comments:

  1. sama samalah kita kat dunia ni menjaga aurat dan maruah kerana maruah wanita tu lebih berharga dari segala-galanya

    ReplyDelete